Apa itu Kurozu?


Kurozu adalah sejenis cuka hitam yang dihasilkan di Kagoshima, Jepun dengan sejarah pembuatannya melebihi 200 tahun. Kurozu dihasilkan melalui penapaian beras premium di dalam air alkali semula jadi, menjadikannya kaya dengan asid amino yang tidak terdapat dalam kebanyakan jenis cuka. Ia juga mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan juga asid organik yang tidak dapat disintesis oleh tubuh badan manusia. Kurozu dapat meningkatkan metabolisme gula dan lemak di dalam tubuh badan, menjadikannya sangat bermanfaat dalam proses penjagaan badan.